b'tanya Si A =
“ Mengapa hidup kami tidak bahagia, padahal semua cukup. Wang. Harta. Tiada pun yang kurang ?“
Ustaz m'jawab =
“ Dirikanlah solat. Lima waktu dengan sempurna, InshaAllah. Anda akan bahagia !“
Menunaikan solat lima waktu, adalah satu tuntutan syara’ yang sememangnya tidak boleh diabaikan. Sesungguhnya solat adalah ibadah paling besar.
Firman Allah ( Surah Al-Anfal 3-4 )
“ Orang2 yang mendirikan solat dan mendermakan sebahagian daripada apa-apa yang Kami kurniakan kepada mereka . Merekalah orang-orang yang beriman sebenarnya, mereka mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka, dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga)
Orang yang mendirikan solat dengan kekal, mereka sentiasa dalam keadaan tenang, tidak gelisah ketika ditimpa musibah atau kesusahan, dan tidak pula sombong ketika mendapat kesenangan dan nikmat.
Firman Allah (ayat 19 hingga 23 Surah al-Ma’arij )
“ Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah ( lagi bakhil dan kedekut). Apabila ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mendirikan solat. Iaitu solat mereka dilakukan dengan tetap”
Banyak hadis menyatakan tentang keistimewaan solat,
1. solat sebagai cahaya bagi seorang mukmin,
2. solat pemisah antara Islam dan kafir,
3. solat itu tiang agama,
4. solat menghinakan syaitan,
5. solat adalah jihad perjuangan yang terbaik ( khusus dalam menundukkan nafsu )
6. solat menyebabkan kemurahan limpahan Allah,
7. solat menghindarkan bala yang turun dari langit,
8. solat anak kunci syurga,
9. solat menyebabkan doa’ makbul
Dah solat ke belum?
Adakah anda m'jaga solat anda??
Monday, June 9, 2008
sOlat
Posted by shiro-blog at 9:10 PM
Labels: Amal Ibadat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
yup...wanita itu mmg cantik...tp rsanya yang plg pntg bagaimana wanita itu mnjaga kcantikannya...btul x...hehehe
Post a Comment