CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Page Modified By:

Shahrina Bt Shahrir, 08 June, 2008


Monday, June 9, 2008

"Setiap Wanita Itu Cantik Dan Terlalu Istimewa....''

Bulan Sejarah Wanita : "Setiap Wanita Itu Cantik...."

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau
Menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya Dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka
Menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan
Oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki
Dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya IA menghubungi Tuhan, Dan IA bertanya, "Tuhan, mengapa wanita
Begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, IA diharuskan untuk menjadi
Seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang
Dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak Dan
Menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika
Orang-orang lain menyerah, Dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
Dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap
Keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya Dan
Melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang
Baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
Kekuatannya Dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa
Ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air Mata untuk dititiskan. Ini adalah
Khusus miliknya untuk digunakan bilapun IA perlukan."

"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita
Bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
Susuk yang IA tampilkan, atau bagaimana IA
Menyisir rambutnya. Kecantikan seorang
Wanita harus dilihat dari matanya, kerana
Itulah pintu hatinya... Tempat di mana cinta
Itu Ada."

Kirimkan ini kepada setiap wanita
Cantik yang Anda kenal Hari ini
Untuk memperingati
Bulan Sejarah Wanita.

Jika Anda lakukan, Anda akan menambah harga diri wanita!

Setiap Wanita itu Cantik...

sOlat

b'tanya Si A =

“ Mengapa hidup kami tidak bahagia, padahal semua cukup. Wang. Harta. Tiada pun yang kurang ?“

Ustaz m'jawab =

“ Dirikanlah solat. Lima waktu dengan sempurna, InshaAllah. Anda akan bahagia !“

Menunaikan solat lima waktu, adalah satu tuntutan syara’ yang sememangnya tidak boleh diabaikan. Sesungguhnya solat adalah ibadah paling besar.
Firman Allah ( Surah Al-Anfal 3-4 )
“ Orang2 yang mendirikan solat dan mendermakan sebahagian daripada apa-apa yang Kami kurniakan kepada mereka . Merekalah orang-orang yang beriman sebenarnya, mereka mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka, dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga)
Orang yang mendirikan solat dengan kekal, mereka sentiasa dalam keadaan tenang, tidak gelisah ketika ditimpa musibah atau kesusahan, dan tidak pula sombong ketika mendapat kesenangan dan nikmat.
Firman Allah (ayat 19 hingga 23 Surah al-Ma’arij )
“ Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah ( lagi bakhil dan kedekut). Apabila ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mendirikan solat. Iaitu solat mereka dilakukan dengan tetap”
Banyak hadis menyatakan tentang keistimewaan solat,
1. solat sebagai cahaya bagi seorang mukmin,
2. solat pemisah antara Islam dan kafir,
3. solat itu tiang agama,
4. solat menghinakan syaitan,
5. solat adalah jihad perjuangan yang terbaik ( khusus dalam menundukkan nafsu )
6. solat menyebabkan kemurahan limpahan Allah,
7. solat menghindarkan bala yang turun dari langit,
8. solat anak kunci syurga,
9. solat menyebabkan doa’ makbul

Dah solat ke belum?
Adakah anda m'jaga solat anda??

Sunday, June 8, 2008

Gaya Bertudung


















Tips Memilih Waktu Untuk Anak Lelaki n Perempuan


Aku ada berjumpa dengan seorang doctor dan bertanyakan tips untuk mendapatkan anak lelaki
atau perempuan. Katanya, orang lelaki menghasilkan 2 jenis sperms, kromosom X (female) kromosom Y (male).
Kromosom Y (male) ni lebih kecik, lebih lemah tetapi lebih laju dari saudara dia kromosom X (female) yang lebih besar, lebih kuat dan tetapi slow.
Tips ini hanya untuk kaum wanita yang mempunyai kitaran period yang tetap, kalau berubah-ubah tu mungkin susah nak apply. OK tengok calender di bawah ni.

OK katakan period isteri tu bermula pada 7hb setiap bulan, dan biasanya haid akan stop selepas 7-8 hari, kebiasaanya lah. Jadi mengerjakan isteri seawal dia abis period kebarangkalian untuk mendapatkan anak perempuan adalah lebih besar kerana di waktu ini ovum isteri hanya menerima kromosom X, iaitu perempuan. Menurutnya lagi, ini lah masa yang sesuai untuk mendapatkan anak perempuan, so masa ini juga lah kalau mengerjakan isteri tu shoot dalam goal, jangan tersasar luar goal. Kalau tak bercita-cita nak anak perempuan shoot luar goal la bang.. Tak yah la aku nak elaborate lebih-lebih kan..


OK selepas hari yang ke 15, masuk hari yang ke 16 mengerjakan isteri di waktu ini lebih besar kebarangkalian untuk mendapatkan anak lelaki sebab selepas hari ke 16 ovum isteri hanya menerima kromosom Y, iaitu lelaki. Pastikan dalam goal.. kuikuikui.


Patutlah kedua-dua anak aku tu perempuan .. hehehe.
Walau bagaimana pun kita serahkan segalanya kepada Tuhan. Kita hanya mampu merancang dan berangan-angan. Petua, tips dan semuanya itu hanyalah sebagai sebahagian dari usaha dan ikhtiar kita sebagai hambaNya.


Selamat mengerjakan.

Friday, June 6, 2008

lelaki idaman

Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??